Wednesday, 27 October 2010

From My Sisters' Lips

Ini memoir kolektif sekumpulan wanita Muslimah UK. Kebanyakan mereka adalah saudara baru dan ini kisah mereka melawan arus kehidupan silam mereka, dan juga masyarakat sekeliling. Yang menarik adalah kebanyakan mereka adalah niqabi (niqabi ialah wanita yang berpurdah). Termasuk penulis memoir ini, Naima Robert. Beliau adalah seorang African British yang ayahnya seorang atheis dan ibu beragama tradisi Zulu.

Mereka menceritakan pengalaman mengenali Islam. Kebanyakan cerita adalah hidayah datang dari sumber yang tidak disangka2. Bagaimana mereka merasakan yang mereka memang tidak dapat melarikan diri dari membuat penyerahan diri kepada Allah swt dan kembali ke fitrah mereka. Pengalaman mereka pertama kali mengucapkan syahadah, sesuatu yang kita takkan dapat rasai kerana kita dilahirkan dalam keluarga Muslim. Begitu juga pengalaman pertama kali mengenakan hijab.

Bagi penulis, penerimaan Islam secara total (dari ketauhidan hinggalah ibadah dan pemakaian) berlaku secara beransur2. Ia berkadar langsung dgn tahap ilmu. Pada permulaan memang banyak prinsip Islam yang ditentangnya. Ketika itu kata hatinya ialah cukuplah saja hanya mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad (saw), maka aku orang Islam. Tetapi orang yang rajin mencari tentu tak akan disia-siakan Allah. Semakin dalam dia belajar, semakin terbuka hatinya. 

Satu perkara yang membuatkan beliau yakin dgn ilmu Islam ialah jatidiri ilmuwan Islam merekod kesahihan kata2 Rasulullah saw, atau lebih dikenali dengan Ulum Al Hadith (Science of Hadith). Ia cabang ilmu yg tiada dalam agama lain.Ia menggambarkan kematangan ilmuwan Islam zaman lampau. Sampai 2 mukasurat dia menceritakan kekaguman dia dan rakan2 saudara baru lain dengan Sains Hadith ini.

Selepas membaca kekagumannya, saya mula berfikir, ilmu sains yg kita ada sekarang, adakah kita mengambil kira siapa atau bagaimana sifat perawinya? Tidak, kan? Bagaimana kita benar2 tahu itu kata2 Hippocrates? Adakah kita mengambil kira seorang saintis yg melakukan kajian itu bukan seorang penipu, tiada masalah kesihatan berkaitan otak, tidak mengalami kenyanyukan? Alhamdulillah kebelakangan ini setiap researcher dikehendaki mengisytihar 'conflict of interest' dan keterlibatan penaja2 dalam kajiannya, sekurang2nya ada usaha untuk menilai kejujuran perawi ilmu itu. Malah apa2 praktis perubatan sekarang adalah bersandarkan kepada 'graded evidence' contohnya kalau Gred A adalah berdasarkan trial klinikal besar2an (randomized clinical trial). Sistem ini samalah seperti sistem gred sesuatu hadith samada ia sahih, hasan, lemah atau palsu.

(Sebenarnya saya malu sendiri sebab sebelum ini tak pernah pun terkagum dengan klasifikasi hadith2, hanya tahu hadith ada peringkat2nya tapi tak pernah tahu yang betapa susah-payah-jerihnya mereka cuba membersihkan cabang ilmu ini dari pencemaran fakta dengan dongeng).

Bukan mudah seorang saudara baru untuk belajar mencintai Rasulullah saw. Ia konsep baru untuk mereka, berbanding kita yg telah diperkenalkan dengan baginda sejak kita kecil. Bukan mudah juga untuk meninggalkan pakaian lama dan mengubah seluruh 'wardrobe' mereka. Atau meninggalkan kebiasaan berparti. Tetapi dengan bertambahnya ilmu dan pemahaman, menjalani kehidupan sebagai muslimah bukanlah sesuatui yg terlalu sukar atau mustahil. Ini saya sertakan perasaan penulis ketika membuat keputusan untuk berpurdah (lebih kurang setahun selepas dia memeluk Islam).

"Wearing the niqab, choosing to cover in that way, seemed the least I could do to thank my Lord, to show my gratitude, to enact my submission. I didn't have time to waste on petty concerns- I had been given this chance to make something better, and I decided to take it. And, at that moment, other people's opinions, their hang-ups and point of view, faded into the background; my eyes were fixed on the pleasure of Allah."

Yang menarik ialah penulis ketika itu bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah kolej di London, tetapi majikan2nya yang bukan pun beragama Islam tidak kisah dia bertutup litup seperti itu. (Aahhh Mr Sarkozy, this is something that the French should learn from the British. An independent person should be given his/her rights to dress however he/she likes.)

Satu perkara yang ditulis ialah tentang tahap ilmu Islam dalam sesebuah masyarakat Islam. Saya bersetuju dengan pendapat penulis yang jika satu masyarakat Islam itu mempunyai tahap ilmu Islam yang rendah, yang akan paling merana ialah wanitanya. Ketika itu wanita Islam akan ditindas, tidak diberi hak sepatutnya, disunat dengan kejam (female genital mutilation- satu tradisi masyarakat Islam Afrika), menunggu kes cerai selesai bertahun2 (biasa dengar?), dijadikan simbol sex dan kecantikan (IFF konon). Sedangkan wanita di zaman Rasulullah saw menerima ajaran terus dari baginda, bersoal-jawab dengan baginda, dijadikan sumber rujukan etc.

Jika anda mempunyai kawan2 yg berminat dgn Islam, tetapi anda tidak pandai / malu2 untuk berkomunikasi dengannya, saya fikir buku ini hadiah yang sesuai untuknya. Sesuai juga untuk Muslim yang masih selesa di takuk lama.

Sunday, 24 October 2010

Kisah Ambulans

Semalam saya menonton siri perubatan popular 'House' iaitu bagi yang tidak tahu, adalah kisah seorang pakar diagnostik yang bermulut celupar dan ketagih ubat tahan sakit. Saya terperanjat kerana di dalam ambulans dalam cerita itu, ada tersedia IV Streptokinase, iaitu ubat pencair darah yang sgt berkesan sebagai 'clot buster' atau pemecah darah beku. Sedangkan di Malaysia ubat ini hanya boleh diguna di hospital pakar sahaja, hospital daerah pun tak ada ubat ini. Adakah betul Amerika secanggih itu, hingga Streptokinase pun ada dalam ambulans?

Baru2 ini pun Tun M ada menulis tentang pengalamannya mendapat khidmat ambulans dan paramedik di Melbourne. Bunyinya seperti mereka agak professional.

Memang paramedik Malaysia banyak kelemahan. Pertama, mereka takut memulakan rawatan (berdasarkan pengalaman saya sahaja). Kedua, komunikasi dengan kumpulan yang akan menerima di unit kecemasan juga hampir tiada. Sedangkan mortaliti boleh banyak dikurangkan kalau org2 yang pertama tiba ini lebih berani.

Saya beri contoh satu pengalaman saya. Saya oncall malam itu. Sebuah ambulans dengan 2 paramedik keluar ke kawasan kemalangan berdekatan. Kemudian salah seorang menelefon kawannya yg tinggal bertugas dengan saya di unit kecemasan. Kawannya beritahu saya, "dr, diorang suruh siap untuk resus (resuscitation), ada 2"

Maksudnya kedua2 mangsa adalah kategori kritikal. Tapi paramedik tu bukannya nak cakap terus dgn saya, (sedangkan saya bukannya garang sangat). Ada benda yang saya nak tanya. Daripada 2 mangsa seorang berjaya stabil dan dihantar ke hospital besar. Seorang lagi menemui ajal di zon resusitasi kami. Malam itu saya naik angin sebab ada beberapa perkara yang boleh paramedik2 itu buat tapi mereka tak buat (yang berkemungkinan mengubah outcome). Mereka kata "takkan dr expect kitorang nak gitu gini kat tgh jalan tu, ramai orang tgh kerumun, kitorang scoop and run je lah" Sebenarnya saya faham situasi mereka. Tapi sekiranya mereka bekerja di Paris ketika Lady D menemui kemalangan di dalam terowong itu, mereka tentu akan disoalsiasat habis2an (tapi dalam kes Lady D paramedik yang menstabilkan dia telah dipuji).

Sebenarnya paramedik di Malaysia banyak latihan. Mereka berkursus bersama2 dengan doktor2, terutama untuk pengendalian trauma. Sijil yang mereka dapat pun sama dengan doktor, kecuali passing marks saja yang berbeza. Pernah juga mereka dapat markah lebih dari doktor yang berkursus sama. Tapi mereka memang belum lagi berani sebagai first responder. Mungkin mereka perlu dihantar bekerja di luar negara baru keberanian mereka akan timbul.

Saturday, 23 October 2010

Ammar ke sekolah

Sudah lebih kurang 6 minggu Ammar sekolah. Di sini sekolah bermula pada umur 3 tahun. Tahun pertama ialah nursery, atau playschool.

Ammar sangat gembira ke sekolah. Nak menyiapkan dia ke sekolah pun senang. Kalau Adam yang saya letih bebelkan setiap pagi untuk makan, mandi, siap, tapi bagi Ammar sangat senang. Dia bangun seawal 6 pagi, minum susu botolnya dan terus cergas bermain, minta dimandikan dan makan sarapan. Pukul 7.30 baru abangnya bangun.


posing dulu

Adam and Ammar


bye bye to Abid


sampai di sekolah

Adam: be a good boy Amai....

main snake and ladder dulu sebelum masuk kelas

dengan Hanie

3 sekawan budak Melayu- Rizqi, Hanie, Ammar

main picture puzzle

Abid menyibuk sekejap

I can cook!

eloklah tu Amai, masuk periuk dalam microwave..

this is red pepper (Abid enter frame lagi)

main pasir pulak
Hakikatnya nama saja sekolah, tapi ia sebenarnya ia adalah a place of structured play. Ada kawan2, ada dewasa yg mengawasi, ada sesi mendengar cerita, menyanyi bersama, makan bersama. Walau banyak macam mana pun saya boleh mengajarnya di rumah, tapi ada beberapa perkara yg hanya dia akan dapat di sekolah. Antaranya kemahiran bersosial, main pasir (sah-sahla takkan dapat main kat rumah), input dari pelbagai cikgu, belajar berfungsi di bawah autoriti lain etc etc. Sebelum dia ke sekolah kami tak tahu pun yang dia agak berani menonjolkan diri, ini sangat berbeza dengan Adam. Dia juga telah memukul budak lain (!) pada minggu kedua sampai papanya dipanggil oleh cikgu...hehe (ya ampun ye kalau budak itu Rizqi atau Hanie).


Ada satu lagi peristiwa yang memberi kami gambaran personalitinya yang sangat berbeza dengan Adam. Jika dulu Adam selalu mengadu yang dia tak pernah dapat naik basikal di nursery-nya, setiap kali mesti ada budak yang dah dapat dulu basikal itu. Tapi minggu lepas Ammar bercerita dengan saya..

Mama : What did u do at school today Ammar?
Ammar: I play the bicycle..
Mama : Did u get to the bicycle first? (alamak, dah takut dah adakah dia guna kekerasan utk mencapai matlamatnya?)
Ammar: No, a boy was playing it. I said to the boy- Get off the bicycle! (aarrgghhh! tension mama dengar)
Mama: That's not good, you must say please, can I have my turn...
Ammar: But I carry Rizqi at the back, then I carry Hanie at the back...I pedal, Rizqi and Hanie dont pedal because pedal only at the front...

OK Ammar....niat dah baik, tapi matlamat tak menghalalkan cara...

Satu hari dia tiba2 menangis di sekolah. Cikgunya pun tak tahu kenapa. Bila di rumah saya tanyakan dia. Dia jawab "because i cannot find you Mama" :( sedihh.. kemudian saya tanya apa dia buat selepas itu. Dia kata "I go to the kitchen and cook pizza like you.." Ammar..Ammar... memang luaran dia ganas tapi sentimental jugak... (ehh macam saya ke? :P)

Monday, 18 October 2010

Alhamdullillah

Hari ini ulang tahun kelahiran suami saya yang ke 30. Semoga seluruh hidupnya dalam kasih sayang Allah.

(agak disaster jugak kek kali ini :D- tangan tak berseni tapi nak buat jugak)

Lagu ini lebih sesuai dari lagu selamat hari jadi. Ia doa saya setiap hari.

Alhamdulillah (Opick featuring Amanda)

Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

 
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya


Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah


Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
(Hilanglah sebuah perbedaan)

Thursday, 14 October 2010

Alek Wek's Memoir

Wanted to write so many things but everything ended up in drafts. But I will post this surely. This is a book I read before Ramadhan. It is the memoir of Alek Wek, a supermodel from Sudan.

I picked up this book from the library, at that time they were hosting a 'Refugee Week', and they featured this book on the front desk, so I quickly grabbed it. Alek Wek was a refugee from Sudan and this book tells her story camping in the African bushes to escape the civil war to the glamorous runaways of supermodels.

When I picked this book I was thinking, weii aku lagi cantiklah, apasal kau jadik model?  :P (no need translation). Apart from that she is much taller and slimmer.. hehehe I suppose she fits better in those beautiful dresses.

She and her family left their modest town home for safety from rebels and militants to remote villages of Sudan. There they found tribes who lived centuries away from us. People who still hunt and cook using woods and live in houses made of cow dungs. Boys who washed theirs heads with cow's urine to treat lice infestation. During sleepless nights her mother would teach her children listening to the various sounds of the African jungle and her father showed them the constellations of the stars. No tv, books etc, no electricity or clear water.

Boy treating his head lice with cow's urine

They made a miraculous escape to London and obtained refugee status. There she was discovered by a modeling agency and later made her way through to New York. Now she spends her night in New York, the next day dinner in London and the weekend in Milan. Her involvement with the modeling world was a turning point to the industry that has always label beauty as fair, blond hair and blue eyes.

From a refugee to a supermodel, how easily and quickly a person can be easily spoiled, this she admitted herself.

The funny thing is, the fashion designers told her that she was fat. She has always been hungry and was close to being malnourished and they told her she was fat. What a weird world.

Saturday, 2 October 2010

Update

Assalamualaikum semua :)


Saya semakin jarang menulis. Sebenarnya banyak je dalam kepala saya tunggu untuk dimuntahkan ke dalam 'drain' ni, tapi tak zahir pula jadi post dalam blog ini. Saya tengok bulan September ada satu je post. Siapa2 yang rindu saya minta maaf yer hehehe...

Sebenarnya saya dah mula kerja semula. Tapi part time saja. Saya ditawarkan semula bekerja di sebuah klinik tempat saya bekerja sepenuh masa pada tahun 2008 dulu. Tapi di sini saya bukan bekerja sebagai doktor kerana saya tak ada lesen untuk practice di UK. Bayaran untuk mendapatkan lesen adalah mahal dan prosedurnya sangat leceh, membabitkan peperiksaan juga. (OK alasan). Tapi alasan sebenar ialah tentunya anak2 saya kan. Siapa pulak nak jaga diorang kalau saya sibuk bekerja?

Saya bekerja membuat ringkasan sejarah pesakit. Di sini sistem rekod pesakit mereka ada dalam bentuk fizikal (kertas dan fail2) dan maya (online). Jadi kerja saya ialah untuk setiap pesakit baru di klinik tersebut (ia klinik kerajaan) saya perlu membaca seluruh fail mereka kemudian sejarah hidup mereka diringkaskan ke sistem online. Ini bertujuan supaya apabila mereka datang berjumpa doktor2 disini doktor2 itu tak perlulah pening kepala menyemak fail mereka, hanya klik pada sejarah mereka sahaja. Dari sejarah keluarga, berapa kali masuk hospital, berapa kali cuba berhenti merokok, berapa kali cuba bunuh diri, semua ada di hujung jari.

Ia memang sesuatu yang saya impikan untuk sistem kesihatan Malaysia.

Saya dipanggil semula bekerja kerana mereka mengalami 'backlog' yang serius dalam sistem rekod mereka. Banyak timbunan fail tidak diringkaskan ke online.

Saya hanya bekerja beberapa jam seminggu. Saya katakan saya hanya boleh bekerja ketika waktu budak sekolah. Mereka setuju. Bilakah ibu2 di Malaysia akan dibenarkan hanya bekerja semasa budak ke sekolah? :) Untungnya anak2 di sini.

Nanti saya ceritakan lagi. Episod saya bekerja di klinik ini sebenarnya banyak mengajar saya. Bukan saja tentang sistem kesihatan mereka yang sangat komprehensif. Tetapi juga tentang hidup ini. Kalau saya tidak bekerja di sini tentunya tahap pemikiran saya masih di takuk lama. Mungkin saya akan ceritakan tentang staf2 disini yang pelbagai ragam, tak pernah saya jumpa di Malaysia. Dan Allah memang Maha Kuasa. Di bumi Kristian yang liberal ini, Dia tempatkan saya bekerja di sebuah klinik yang semua stafnya adalah perempuan, dan seorang daripadanya beragama Islam. Semasa saya kerja sepenuh masa di sini dulu tiada masalah untuk saya bersembahyang dan sebagainya. Mereka juga menghormati kami yang hanya makan makanan halal. Apabila mereka belikan saya biskut, mereka akan pastikan ia berlabel 'suitable for vegetarian'.

Klinik tempat saya bekerja

Kemudian saya tengok gambar2 yang banyak tidak difailkan dari kamera saya. Ohh, banyak sebenarnya yang saya belum tulis. Lawatan kami ke The Eden Project yang menyebabkan saya tidur bermimpikan Malaysia pun belum saya tulis. Kemudian memoir2 terbaru yang saya baca juga saya belum tulis 'review'nya.

Betul lah masa itu aset terpenting seorang manusia, kerana apabila ia pergi tak dapat diganti lagi. Masa kita lapang, masa kita sihat, masa kita kaya, masa kita muda. Masa kita hidup. Kata2 hikmah manusia bijak pandai yang lain tentu tidak dapat menandingi nasihat Rasulullah saw yg paling berharga ini.

OK jaga diri semua!