Monday 3 January 2011

Macam-macam Mesir

1. Kami di Kaherah, Mesir tinggal di rumah ibu bapa Papaboyz (Atuk dan Wan). Atuk jaga pelajar2 tajaan Negeri Sembilan yang bakal jadi ustaz / ustazah. Di sekitar kawasan Rumah Negeri Sembilan ada Rumah Melaka dan Rumah Kelantan juga (Rumah Kelantan ada 3 biji ok--saya assume mungkin pelajar2 mereka pun 3 kali ganda banyaknya dari pelajar negeri lain).

Di depan Rumah Negeri Sembilan, Kaherah

2. Siapa datang Mesir senang je nak berjalan2. Upah saja bakal2 ustaz ni yang memang buat kerja sampingan jadi pemandu pelancong dari Malaysia. Mereka sewakan kereta / van lepas tu bawa pergi tempat-tempat menarik, makam-makam, membeli belah semua. Haaa masa membeli belah memang kena ada ustaz-ustaz ni sebab mereka pandai tawar harga. Saya tanya mereka ni belajar apa? Ada yang belajar Al-Quran, ada belajar syariah. Belajar Quran sampai 7 tahun, baru kira ada degree Quran. MasyaAllah... lamanya. Yang belajar perubatan di Kaherah tinggal di asrama lain, di bawah MSD, bukan kerajaan negeri. Berjalan dengan ustaz2 ni, kita tanya diorang soalan sejarah tempat-tempat tu, diorang jawab siap dengan ayat Quran semua. hehehe respect.

3. Jalanraya di Mesir ni tak ada undang-undang sangat. Semua selit-menyelit saja, 3 lorong jadi 6 lorong pun tak ada hal. Tali pinggang suka hati, boleh sumbat-sumbat kereta ramai-ramai. Jalan dikongsi kereta beroda dan kereta keldai, kereta kuda semua ada. Lampu isyarat hampir tiada.

4. Sini ramai orang tinggal dalam rumah yang bila ahli keluarga bertambah (kahwin etc), mereka cuma tambah je lagi satu tingkat dia atas bangunan yang sedia ada. Jadi rumah-rumah ni bumbung semua flat, bumbung cantik-cantik tak ada, senang nak tambah tingkat. 

Tengok bangunan2 tu, semua macam separuh siap je kan, atas dia senang nak tambah tingkat bila diperlukan

5. Datang Mesir kena siap duit kecil banyak-banyak. Sebab mana-mana saja orang minta tips. Di airport minta tips. Naik unta dah bayar sewa unta pun tukang bawa unta mintak tips. Naik bot dah bayar bot pun mintak tips tambahan. Masuk masjid letak kasut tukang jaga kasut pun mintak tips. Yang minta sedekah pun ramai sebab ramai orang miskin. Siap-siap lah duit kecik banyak-banyak. Perkara ini memang sangat ketara hingga sebelum saya datang Mesir itulah yang dikomen oleh rakan sekerja saya yang pernah datang ke Mesir, "you have to tip everybody".


6. Walaupun mereka suka meminta, tapi mencuri tidak. Satu hari dompet Papaboyz terjatuh di tengah jalan di hadapan rumah. Dah setengah jam masuk rumah tiba-tiba ada student ketuk pintu pulangkan dompet. Tak sedar pun tercicir. Semua duit dan kad-kad segala ada cukup. Seorang lelaki tua yang 'homeless' yang selalu berlegar di kawasan itu yang menjumpainya dan menyerahkan pada student tadi. Atuk kata kalau beg kena ragut pun jerit saja dan pasti akan dapat semula beg dengan bantuan orang ramai.

7. Selain Egyptian cotton (yang memang mahal kalau nak beli kat UK ni), mereka banyak hasilkan kristal. Cantik! Kami pergi showroom Asfour Crystal. Penuh dengan chandelier dan ornamen mewah. Cuci mata je...

bling bling- semua kristal
alamak, menyesal pulak tak tangkap satu jam kristal ni

8. Saya pertama kali jumpa unta. Comelnya...hehehe. Semasa di Giza kami naik sekejap. Kemudian ketika mendaki Gunung Sinai saya naik lagi. Sebab dia tinggi pastu jalan melenggok-lenggok tu yang best.

Unta comel yang tahap kecomelan sama dengan panda
Konvoi unta, saya naik dengan Ammar


9. Kat sini ada roti canai sebesar dulang. Dalam perjalanan ke Alexandria kami singgah di Qariah Al-Asad (Kampung Singa) iaitu sebuah restoran yang ada mini zoo. Di situ beberapa orang perempuan duduk bersila menebar roti canai hingga selebar meja. Bila dah tebar diorang lipat jadi lebar dulang. Tapi makan cicah dengan madu dan satu 'sambal' yang rasanya macam tempoyak hahahaa. Perlahan je kitorang makan. Kalau pekena kari mesti dah licin sekelip mata.

tebar roti canai lebar meja, minyak yang diorang pakai toksah cakaplah, entah berapa liter
Roti canai lebar dulang

10. Di sini banyak kedai jual jus buah segar. Memang puree buah yang tak ada campur air. Minum jus mangga macam makan buah mangga. Satu gelas besar harga 2.50 LE saja (dalam 35pence). Murah sangat! Kalau saya duduk Mesir dijamin kuota 5 a-day tu mesti dapat terlaksanalah setiap hari. Anticancers at its cheapest.

Kedai jus buah, berhenti je kereta tepi jalan, order, minum dalam kereta pastu pulangkan gelas, dari delima sampai kiwi pun ada
Segelas koktail- guava + strawberry + pisang + epal

11. Satu hari kami pergi ke Dahab dan menginap di hotel di tepi pantai (depan pantai, belakang gurun). Air paip yang keluar adalah masin! Ya tak ya, mana pulak kat gurun nak dapat air, ambil kat laut lah jawabnya. Siapa yang ada anak kecil bawa lah travelling kettle sebab 2 hotel yang kami pergi dua-dua tidak menyediakan kettle. Lainlah kalau duduk Hilton atau Sheraton tak tahu lah.

12. Di satu lebuhraya ketika menuju Terusan Suez, terdapat satu siri papan tanda. Selang beberapa kilometer akan ada satu papan tanda. Apakah yang tertera di atas papan-papan tanda itu? Asma ul-Husna!





13. Kisah buku pulak. Di Mesir saya dapat satu buku istimewa iaitu sebuah kitab yang ditulis oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyah (hidup kurun ke 13, antara gurunya ialah Ibn Taymiyyah dan antara muridnya ialah Ibn Kathir). Kalau bahasa Arab tajuknya Al-Tibb Al-Nabawiyya, terjemahnya Perubatan Nabi atau dalam english Healing with the Medicine of the Prophet. Siapa-siapa yang tahu mana-mana orang yang mengajarkan kitab ini bolehlah bagi tahu saya.


14. Di Mesir juga waktu saya sangat bermakna kerana berjaya menghabiskan Travelog Dakwah, Meniti hari Esok karangan Prof Kamil. Saya pinjam buku ibu mertua saya. Terima kasih, Mama. Buku ini memang dalam wishlist untuk beli bila balik Malaysia, tak sangka dapat baca lebih awal. Prof Kamil memang manusia yang bersungguh. Double respect.



nanti sambung lagi...

8 comments:

Anis Sazira said...

Salam..
bestnya jalan2 Cairo....teringin nk ke sana satu hr nanti...insyaAllah. Tak gayat ke naik unta tu?

anon suria said...

Thanks for sharing. Harap dapat jejak sana satu hari nanti. Ada seorang houseman, baru sahaja publish buku travelognyer berkenaan Andalusia-permata Islam yang hilang dan lagik satu if tak silap berkenaan Turkey. Rasanya Hasma ada talent untuk buat travelog jugak.

knv said...

oh bestnya. akak harap anak akak dapat pegi belajar sampai mesir. mintak2 itulah kesukaannya. amin.

Mamaboyz said...

kak anis-mula2 je gayat pastu ok, ammar relax je, abid nangis masa awal2, adam langsung tak nak naik

su-haaa saya tau jhazkitaro tu kan, selalu cek blog dia sebelum pegi mana2 sebagai reference

knv- kalau itu yang terbaik utk mereka semoga dipermudahkan jalan ke situ...amin :)

anon suria said...

hasma: aah..suka jugak tgk blog dia baca kisah-kisah travelog dia.

SMM said...

baksheesh baksheesh hehe :) i went masa zaman student dulu. yg bestnya our student guide is my own relative (walaupun distant) cover kaherah, luxor and alex tp tak ke mount sinai huhu :( best mengenang memori kembara..

mummy said...

alaa....lupa nak kirim kain cotton

Mamaboyz said...

mynie, aku rasa egypt memang best, tapi sinai kau kena pergilah...rasa nak nangis tau kat area mount sinai tu, 'roh' dia lain

mummy- kalau awak kirim bukannya kita reti pilih pun, kitorang pun tak beli