Sunday, 14 August 2011

2 hari

Sudah 2 hari Adam berjaya puasa Subuh ke Maghrib :) Yang saya kagum ialah dia tak merungut langsung. Tidak merengek bila tengok Ammar dan Abid makan. Tidak minta makanan selain apa yang dihidangkan ketika berbuka. Dari mana kekuatan dia? Tubuhnya kecil kurus keding tapi tenaga banyak. Tidak tidur langsung di siang hari.

Adam berbuka dengan roti canai

Saya bertanya, "How do you feel Adam, fasting the whole day?"

Dia jawab "OK" (jawapan standard, tiada huraian panjang lebar).

"Why do you fast in Ramadhan, Adam?"

"So that I become a soleh boy, and in World 3 I can live in Heaven where all good things are.."

Saya terkedu. Tak sangka pulak itu jawapannya. Ketika kematian nenek saya tahun lepas, Adam ada bertanya ke mana orang yg mati pergi. Jadi saya telah menggunakan analogi World 1 (dunia), World 2 (barzakh) dan World 3 (akhirat). Untuk melatihnya berpuasa saya janjikan duit 50 sen setiap jam. Mulanya saya sangka itulah jawapannya. Saya merenung jawapannya. Ia jawapan yang sesuai dengan tujuan Allah swt menyuruh kita berpuasa seperti dalam ayat 183 surah AlBaqarah- mudah-mudahan kamu bertaqwa.

...so that I become a soleh boy..


Amin..

Ramai orang suka menegur rambut kepala Adam yang ada 2 pusar. Biasa orang akan kata- eh pusar dia dua..biasa orang kata degil ni... Saya akan selalu jawab, dia lah yang paling ikut cakap. Degil ke tidak bukan ikut pusar kepala.

Ammar pula bertanya, "Mama, which is better, soleh boy or good boy?"

"Soleh boy because soleh boy means a good boy that always remember Allah"

"I remember Allah when I eat" Ammar mempertahankan dirinya.

"hehe true..you are a soleh boy too.."

Sikap tak boleh kalah tu memang macam turun dari saya.

(terima kasih Baiti yang memberi idea memuji anak dengan mengatakan soleh boy, instead of good boy / clever boy)

Sunday, 7 August 2011

Tips untuk latih anak puasa

Wardina buat video ni, saya rasa memang praktikal and full of gems..Yang penting sebelum ajar diorang puasa isu solat mesti settle dulu sebab kita taknak send the wrong message eg puasa mesti jangan tinggal tapi solat tak diberatkan..

Pastu saya suka idea yang kita mesti firstly terapkan perasaan cintakan Ramadhan, supaya bila berpuasa bukannya soal tak makan minum yg diberatkan, tapi keistimewaan Ramadhan itu sendiri, barulah kita tak lembik je masa puasa..



Adam? Hari ni dia puasa sampai pukul 2.30pm.. saya cakap congratulations kat dia :) sebab ada progress..so far sahur dia tak pernah tinggal lagi..

----------------------------------------------------------------------------------

Semalam on call di Unit Kecemasan...macam2 ragam orang.. sangat ramai yg tak berpuasa, entah betul sakit yg dibenarkan berbuka oleh syara' atau tidak?

Ada orang yang kencing manis gula naik tinggi.. "pakcik makan pukul berapa ni?".. "pukul 9 pagi nak.." (ehh apasalah pakcik tak puasa--- dalam hati je hehe)

Yang berpuasa pula kebanyakan keputusan ujian darah dan air kencing memang menunjukkan tanda2 dehidrasi.. mula2 saya terlupa, kenapa semua kidney functions mildly deranged ni? oooo diorang puasalah...

Nasib baik mereka menghormati waktu maghrib, unit kecemasan lengang semasa maghrib mudah untuk kami berbuka..

Ada pakcik umur 90 tahun pula yg pertama kali seumur hidupnya dtg ke hospital (tekanan darahnya naik)..kerjanya penoreh getah dan pemanjat pokok kelapa.. "jadi pakcik boleh bg tau saya rahsia umur panjang?" --saya suspek mesti gaya hidup yg sihat kerana isterinya juga masih hidup pada usia 80 lebih, dan mereka telah hidup bersama hampir 70 tahun, mempunyai 12 anak (yang 6 sudah meninggal waktu kecil- mungkin zaman jepun?)

Pakcik kata..."kita orang kampung mana tau apa2 rahsia doktorrrr..pakcik makan beras sawah kampung yang tumbuk pakai lesung tu, sayur apa2 yang boleh dipetik (mungkin maksud dia pucuk liar?) pastu ikan pun ikan tangkap kat sawah je...rahsia lain mana ada nakk"  :) ..terima kasih pakcik.. saya tau kesimpulannya pakcik tak makan makanan yg diproses, semua ambil terus dari nature.. tentulah tiada bahan toksik dalam badan pakcik.

Bila makan jangan lupakan saudara2 di Afrika yang sedang hadapi kemarau panjang. *sigh* belum pernah lagi jumpa org yang mati kebuluran.. tentu lebih seksa melihatnya daripada melihat org Malaysia yg mati kerana kencing manis dan sakit jantung..

Kesian semalam budak2 tinggal dengan papanya saja...