Tuesday 29 June 2010

La Rambla, Barcelona

La Rambla adalah satu jalan yang terkenal di Barcelona. Sama seperti Jalan TAR atau Petaling Street yang terkenal di KL. Di sini macam-macam ada.


 Ramainya orang disini, berhati2 dgn penyeluk saku

Kedai-kedai cenderamata memang banyak, kedai bunga, kedai benih bunga dan kedai haiwan peliharaan pun ada.
Jual ikan emas

kura-kura

Kedai bunga

Kedai binatang lagi

Benih bunga dan sayur

Pelukis-pelukis jalanan pun ramai... 



Tengok pelukis ni, dia buat lukisan2 tu pakai cat sembur je

Pelancong2 memang ramai. Ini sekumpulan tentera laut sedang bercuti agaknya..


Tapi yang paling menarik ialah patung2 hidup yang menceriakan jalan ini. Memang kreatif!

Memang kaku tak bergerak

Yang ni kesian je tengok..tak lenguh ke tangan dia?

Yang ini Adam dgn Ammar takut tengok

Seorang keluar dari keranda, seorang tak ada kepala

Tutti Frutti Man

?Princess dan lelaki yang dipancung

Tapi ada 2 yang paling mendapat perhatian. Yang ini, lelaki duduk terapung, memang ramai kelilingi dia (termasuk kitorang) sebab cuba nak tahu macam mana dia boleh duduk macam itu. Pandailah dia!





Dan seorang lagi yang ini hehehe..ramai orang kerumun dia, kitorang pun kelakar tengok dia, pastu tunggu dia adakah dia akan bangun dan flush jamban tu (tapi tak pulak hehe) :D


Aikk.. ini anak siapa pulak yang buat free show?


eh..eh..


hi..hi..

Itulah laporan kami di Barcelona. Apa yang saya beli di Barcelona? Tak ada apa-apa, cuma fridge magnet untuk peta perjalanan kami di peti ais, dan apron diva ini :)

Haa.. bolehla saya ber-'flamenco' di dapur! hahaha

Untuk rujukan, ini gambar tarian Flamenco, tarian tradisi Sepanyol.

Monday 28 June 2010

Do You Like Kerabu Tomato?

I'm in the running for the title of 'Top AntiCancer Chef' with my recipe of Kerabu Tomato in Dr. David Servan-Schreiber's Anticancer website.

To win is very easy. I need votes from readers. Top 30 winners will win an autographed copy of the updated version of Anticancer: A New Way of Life. I've written the review of the book in my entry here.

So, if you want to make Malaysian Kerabu Tomato famous, just go to this link and vote for me! (to vote you have to 'like' it using facebook or tweet it or bookmark it).

Friday 25 June 2010

Masih tentang Barcelona

Kali ini mengenai 2 tempat yang kami lawati di Barcelona, Park Guell dan Spanish Village (Poble Espania).

Park Guell sangat terkenal di sini. Ia sebuah taman arkitektur yang pelik yang direka oleh arkitek tempatan bernama Antonio Gaudi (1852-1926). Pembinaannya adalah di antara tahun 1900-1914. Ia telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Park Guell

Pintu masuk

Taman ini (pada mata saya lah) unik tapi tidaklah cantik sangat. Bila di situ, kita rasa pelik dan mungkin ada jugak rasa kagum sedikit, tapi errr.. nak kata mempesonakan tu tidaklah (marah pulak orang Barcelona karang :P -suka hati sayalah kan). Atau mungkin saya tak dapat menghargai kerana saya tak ada ilmu senibina atau mungkin sebab terlalu ramai orang di situ. Apa-apa tengoklah sendiri gambar-gambar.

2 bangunan di tepi pintu masuk

Ini koridor yang pelik, tak tahu apa konsepnya

OK yang ini cantik juga lah



Pemain harp

Alat muzik ini namanya Hang (melodious percussive instrument) nampak macam diketuk tapi bunyi dia macam seruling, tak percaya boleh dengar kat youtube

Lagi satu tempat menarik yang kami pergi ialah Spanish Village. Ia muzium terbuka (macam Mini Malaysia, Melaka) di mana semua jenis senibina Sepanyol ada replikanya di situ.


batik?

Sebuah kedai cenderamata

Oppss.. adakah itu tanda Illuminati?

Nantikan episod terakhir Barcelona..